top of page

Sejarah Perkahwinan Adat Melayu

PENGENALAN

Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Di kalangan orang Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Ia adalah satu tahap sejarah dalam hidup seseorang.

Oleh kerana itulah, perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi. Seperkara yang tidak dapat diketepikan, tradisi perkahwinan Melayu jelas sekali mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan tumbuhan semulajadi. Malah masyarakat Melayu amat berpegang kepada pepatah yang berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat".

Dalam masyarakat Melayu terdapat empat peringkat asas dalam perkahwinan iaitu:

  • Merisik 

  • Pertunangan

  • Persiapan sebelum bersanding seperti berandam dan sebagainya

  • Bersanding 







 

 

 

 

 

     Adat istiadat merisik dan meminang dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama bahkan ditagih dalam adat. Ia merupakan permulaan istiadat di mana pihak lelaki menghantar seorang wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. 

 

 Upacara ini dilakukan, untuk melahirkan tujuan mereka sebenarnya secara rasmi. Ia dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Amalan ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak dipinang. Setelah tiba masa yang sesuai, wakil tadi akan berterus terang tentang hajat mereka sebenarnya.

 

  Kebiasaannya semasa upacara ini, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang , kapur dan gambir. Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan. Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan.

 

 

1) Merisik 

 

    Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang dijalankan. Lazimnya di hari pertunangan, pihak lelaki turut menghantar belanja yang disertai dengan beberapa hadiah iringan.
    Semasa upacara pertunangan rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang telah disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan tersebut. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir sememangnya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu.

   Selepas mendapat kata putus mengenai perkara-perkara yang dibincangkan, istiadat menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis. Maka dengan tersarungnya cincin pertunangan ini, rasmilah pertunangan tersebut.

2) Pertunangan 

 

   Peringkat ini merupakan acara yang meliputi segala persiapan bagi menyambut upacara perkahwinan. Diantaranya istiadat meletak kerja, menghias pengantin, berhinai dan berhias.
i) Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam
   Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk menghias pengantin iaitu pengantin perempuan.
   Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti. Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang menjadikan muka pengantin berseri-seri.
   Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan

ii) Istiadat Berhinai

   Istiadat ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi dan berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perempuan sahaja. Bahagian yang di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, bahagian kuku jari kaki dan disekeliling tapak kaki.
   Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk bersuka-suka sahaja. Selain itu kesan dari inai tadi boleh dijadikan satu tanda bahawa seseorang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.

3) Persiapan sebelum bersanding 

Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

 

   Istiadat bersanding merupakan upacara kemuncak dalam adat istiadat perkahwinan. Ia merupakan detik paling sejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum wanita. Pada hari inilah para jemputan datang berkunjung untuk meraikan pengantin.
   Setelah pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk menjalani upacara persandingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
   Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan, diringi dengan pukulan kompang dan arakan bunga manggar. Bunga manggar ialah dua jambak bunga yang diperbuat daripada kertas berwarna warni dan dililitkan pada lidi kelapa serta dicucuk pada dua biji buah betik atau nenas muda yang telah sedia dicacak kepada dua batang galah.
   Ketibaan mereka ini disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan mawar. Upacara ini dilakukan oleh orang tertentu iaitu saudara yang rapat dengan pengantin perempuan bertujuan agar perkahwinan ini akan dirahmati. Setelah kedua-dua pengantin sempurna didudukkan di atas pelamin, upacara menepung tawar atau berinai besar dimulakan.
   Pukulan kompang yang menyambut kedatangan pengantin diteruskan sehingga kedua mempelai duduk di atas pelamin. Sebaik sahaja paluan kompang dihentikan, kanak-kanak berebut-rebut mencapai bunga manggar dari ganggangnya untuk dijadikan mainan. Ini menambahkan lagi kemeriahan majlis perkahwinan ini.
   Majlis ini berlangsung, dalam keadaan meriah dengan hilai tawa para hadirin, diselangi dengan sindir menyindir kepada pasangan pengantin. Setiap orang yang melakukan upacara ini diberi bunga telur yang terpacak di pulut kuning sebagai tanda hati kerana kesudian menepung tawar mempelai. Berakhirnya upacara ini bermakna sempurnalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu yang telah dijalankan. Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah pengantin lelaki.


 

4) Bersanding 

Contoh Perkahwinan mengikut Adat Melayu

bottom of page